Tuesday, 27 October 2009

<> HUKUM MEROKOK


HUKUM MEROKOK DAN KEPIMPINAN (IMAM) ORANG YANG TERANG TERANGAN MENGHISAPNYA, DIIKUTI OLEH FAKTA MENARIK MENGENAI ROKOK DAN SYARIKATNYA.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Mukaddimah
Segala puji bagi Allah, doa serta kedamaian ke atas Nabi Muhammad (SAW) , keluarganya , para Sahabat dan Tabiin.

Bukti forensik syariah telah menunjukkan bahawa merokok adalah termasuk dalam hal-hal yang dilarang agama kerana termasuk di dalam benda-benda yang memudharatkan., Allah Taala berfirman: "..dan dihalalkan untuk mereka dengan hal-hal yang baik dan dilarang mereka daripada kejahatan". Ianya adalah perkara buruk yang dilarang. Membawa penghisapnya kepada beberapa penyakit yang menyebabkan kematian. Nabi Muhammad saw bersabda : "Yang tidak memudharatkan tidak membahayakan", Melakukan kerosakan pada tubuh atau menimbulkan kecederaan kepada orang lain adalah dilarang. Minum dan menjualnya adalah haram, seperti dijelaskan dalam fatwa Sahibul As-Samahah Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz .
Segala puji bagi Allah yang Maha Esa, doa dan kedamaian atas Rasulullah saw, keluarga dan sahabatnya.

Ada beberapa orang sahabat bertanya kepada saya tentang hukum merokok dan kepimpinan (imam) orang yang terang-terangan menghisapnya. Mereka juga menyatakan bahawa ia merupakan bencana yang melanda orang-orang dalam kategori ini.

Jawapannya ialah: Bukti forensik syariah telah menunjukkan bahawa merokok dilarang di dalam syarak., ianya merangkumi semua keburukan dan kemudharatan.,Allah tidak mengharuskan bagi para hambanya kecuali makanan dan minuman yang baik. Manakala yang membahayakan mereka didalam agama atau dunia mereka , Allah telah melarangnya.

Yang Maha Kuasa lebih menyayangi mereka daripada diri mereka sendiri, Dia adalah Al-Hakim Al-Aleem dalam firmannya , tindakannya , undang-undangnya serta Qada' dan Qadarnya. Allah tidak mengharamkan apa pun dengan sia-sia dan tidak akan mencipta sesuatu tanpa tujuan. Allah tidak memerintah sesuatu yang bukan untuk kepentingan para hamba , kerana Dialah yang paling bijaksana dan yang paling mengasihani. Dialah yang paling mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya dan apa yang memberi faedah kepada mereka.

Seperti mana firman Allah :
…... Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana, lagi Maha mengetahui.

Dan Yang Mahakuasa berfirman lagi
….Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Salah satu indikasi dari Al-Quran tentang larangan merokok ialah firman Allah dalam Surah Al-Maida:


Yang bermaksud :
4. mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan) Yang Dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) Yang lazat-lazat serta baik,


Allah berfirman dalam Surah Al-A'raf menyifatkan Nabi Muhammad saw:
Yang bermaksud :
"Iaitu orang-orang Yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi Yang Ummi, Yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di Dalam Taurat dan Injil Yang ada di sisi mereka. ia menyuruh mereka Dengan perkara-perkara Yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara Yang keji;

Allah SWT menjelaskan dalam dua ayat ini bahawa Dia tidak menghalalkan bagi hambanya kecuali hal-hal yang baik, iaitu: makanan dan minuman yang berfaedah. Manakala makanan dan minuman yang berbahaya seperti perkara yang memabukkan, dan dadah adalah perkara yang buruk dan diharamkan. Para doktor dan pakar tentang rokok telah sebulat suara mengenai bahayanya yang begitu banyak. Mereka menyatakan bahawa ianya menjadi penyebab kepada banyak penyakit seperti kanser, stroke, kematian dan lain-lain..


Dengan ini , tidak ada keraguan lagi tentang pengharamannya dan kita harus berhati-hati.Tidak sepatutnya ada orang waras tertipu dengan bilangan orang yang menghisapnya. Allah telah berfirman : Yang bermaksud :
Dan jika Engkau menurut kebanyakan orang Yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah Yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.

Firman Allah lagi :
Yang bermaksud :
44. atau Adakah Engkau menyangka Bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (Apa Yang Engkau sampaikan kepada mereka)? mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.

Bagaimana jika seorang perokok dan ahli maksiat lain menjadi Imam Sembayang ? Sepatutnya dia tidak boleh dilantik menjadi imam. Bahkan disyariatkan untuk memilih orang lain dan mestilah daripada golongan orang islam yang memahami agama dan istiqamah dengannya. Kerana Imam itu sangat penting dan Nabi saw bersabda :

"يؤم القوم أقرؤهم لكتاب اللّه ، فإن كانوا في القراءة سواء فأعلمهم بالسنة ، فإن كانوا في السنة سواء فأقدمهم هجرة ، فإن كانوا في الهجرة سواء فأقدمهم سلما"
Yang bermaksud :

"Sesuatu kaum itu di imami oleh orang yang paling pandai membaca Al-Quran.Sekiranya semua orang pandai membaca Al-Quran,maka carilah yang paling tahu tentang sunnah.Sekirany semua orang tahu dalam sunnah,carilah yang paling awal berhijrah,sekiranya semua orang awal berhijrah maka carilah yang mula-mula masuk islam."

Hadits yang diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahih-nya.

Yang bermaksud ;
Dalam dua kitab sahih ( Bukhari dan Muslim ), daripada Nabi SAW, Baginda bersabda kepada Malik bin Huwayrith dan teman-temannya: «Kalau kamu datang untuk sembahyang,lalu salah seorang daripada kamu melaungkan azan,dan yang paling tua hendaklah menjadi imam kepada kamu.

Tetapi para ulamak tidak bersependapat .Adakah sah perokok menjadi imam atau sembahyang di belakang perokok dan orang yang berbuat maksiat ?
Kata beberapa orang daripada mereka : Tidak sah untuk sembahyang di belakang orang yang lemah agama dan imannya. Manakala yang lain-lain pula berkata: Sah Imamah dan sembahyang di belakangnya, kerana seorang muslim sah sembahyang untuk dirinya dan sah solat di belakangnya. Ramai para sahabat sembahyang di belakang pemerintah yang terkenal dengan ketidakadilan dan kerosakan moral. Ini termasuklah Ibnu Umar sembahyang di belakang Al-Hajjaj, dan dia adalah salah seorang daripada orang yang paling zalim.

Pandangan yang paling "rajih" (benar), ialah: Sah mereka menjadi imam dan solat di belakangnya tapi tidak sepatutnya mengambil dia sebagai seorang imam dengan kemampuan untuk mengambil orang lain dari kalangan mereka yang membuat kebaikan dan kebenaran.

Ini adalah jawapan ringkas bagi yang inginkan peringatan dan penjelasan tentang hukum asal dalam isu serta beberapa bukti tentangnya. Para ulamak telah menjelaskan hukum mengenai isu-isu ini, Sesiapa yang inginkannya secara ringkas,dia telah dapatinya. dan Tuhan yang bertanggung jawab untuk mengatur urusan kaum muslimin dan membimbing mereka semua kepada integriti agama dan mengingatkan mereka dari melanggar syariatnya.Sesungguhnya dia yang Maha Mulia serta selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad ,keluarga dan sahabat-sahabatnya.
Sebuah laporan penting mengenai rokok dan ianya sebagaimana berikut :

Ada organisasi makanan dan ubat-ubatan di Amerika secara aktif ingin meletakkan rokok dalam senarai ubat-ubatan terlarang.
Laporan perubatan telah menunjukkan bukti bahawa nikotin adalah zat narkotik, yang menyebabkan ketagihan..
Nikotin dalam rokok ialah dadah substansi, dan nisbah yang berlebihan akan menyebabkan perokok ketagih
Laporan membuktikan bahawa syarikat menjaga pertambahan perokok untuk,meningkatkan penjualan dan keuntungan.
Anti merokok di Barat tidak membenarkan merokok dalam bangunan, tempat-tempat awam, lapangan terbang dan pesawat. Ada juga beberapa negara mencegahnya di Restoran dan di mana-mana ada penyediaan makanan.Mereka juga menegah publisiti rokok di Amerika Syarikat di dalam media. Syarikat-syarikat rokok diharamkan untuk menaja sebarang aktiviti sosial , budaya atau sukan, dan mesti meletakkan pelekat amaran supaya menjadi ingatan bahawa ia adalah punca utama penyakit yang menyebabkan kematian.
Industri tembakau dianggarkan lebih kurang (50) bilion dolar per tahun, sebahagian besar digunakan di negara-negara dunia ketiga.
Dalam perang melawan rokok, Gerakan Anti-Merokok di Amerika telah memperolehi pengakuan perubatan tentang bahaya rokok ,bahan-bahannya, hubungan langsung dengan ketagihan dan penyakit serius seperti: jantung, kanser dan jangkitan saluran pernafasan. Cukai yang dikenakan juga terlalu tinggi.Penyakit-penyakit ini telah menyokong sejumlah kes difailkan terhadap syarikat oleh sesetengah perokok dan keluarga mereka. Kebanyakkan mereka telah memenangi kes serta mendapat jumlah pampasan yang tinggi. "American Medical Association" telah membuktikan laporan bahawa merokok adalah punca kematian (914.000) orang setahun di Amerika.Iaitu: satu daripada setiap lima mati di sana.
Laporan menyatakan bahawa merokok melibatkan kos negara dalam jumlah besar, Amerika Syarikat pada tahun 1993 telah menghabiskan $ (50) bilion dolar untuk mengubati orang-orang merokok, dan bahawa setiap bungkus rokok mereka membayar harga ($90.3) US untuk perkhidmatan kesihatan.
Di Amerika ada gesaan untuk mengenakan cukai rokok yang lebih besar, dan menuntut Kongres Amerika. supaya menaikkan cukai daripada 24% hingga 99%, dan Amerika Syarikat mengemukakan tuntutan undang-undang terhadap syarikat-syarikat rokok supaya membayar ganti rugi kepada rakyat dan keluarga mereka, kerana menyebabkan mereka merokok seterusnya menyebabkan penyakit dan kematian.
Kerajaan Amerika Syarikat mendenda pengilang tembakau tahun lepas, lebih daripada (286) bilion dolar sebagai pampasan kesihatan.
Sehubungan dengan kejayaan kempen melawan merokok, telah menyebabkan penduduk Amerika menerima peraturan ketat , tuntutan, dan itu menatijahkan penurunan kadar perokok secara signifikan, misalnya, antara tahun 1992-1993 turun 3%, ianya adalah nisbah yang sangat besar dibandingkan dengan masa dan bilangan jumlah perokok.

Kesan terhadap keuntungan syarikat tembakau

Para pakar ekonomi di pasaran kewangan Amerika berkeyakinan bahawa pertumbuhan merokok di Amerika amat lemah.Tidak ada perkembangan baik bagi syarikat-syarikat dan memungkin mereka di gelar muflis.Oleh yang demikian,Syarikat Tembakau cuba untuk menceburi bidang perdagangan yang baru selain daripada rokok.Sebagaimana yang dirintis oleh Syarikat Philip Morris.Ia adalah sebuah syarikat rokok terbesar di dunia dan mengeluarkan rokok Marlboro. Syarikat ini telah memasuki perniagaan baru sehingga mampu memperolehi saham syarikat makanan terkenal (seperti Kraft Cheese Company), (The Annals of Jillo) dan lain-lain, bahkan penjualan makanan mereka dalam satu tahun mencapai (21) bilion, berbanding dengan penjualan (10) bilion rokok.

Masih tinggal satu lagi "hiburan" kepada Syarikat Tembakau, dan harapan masih kekal, pasaran dunia ketiga, sementara semakin sedikit kadar perokok di negara-negara industri maju seperti Amerika, kita mendapati secara dramatis meningkat di negara-negara dunia ketiga, dan kebanyakan lebih suka tembakau Amerika, telah meningkatkan kadar eksport rokok Amerika (9.6) bilion rokok pada tahun 1945 kepada (205. 6) bilion rokok pada tahun 1992

Walaupun ada kempen sengit menentang merokok di Amerika, tetapi pemerintah AS percaya bahawa eksport wabak ini adalah wajar, bahkan juga berusaha untuk memudahkan perkara itu dan menyokongnya, dan menghukum mereka yang menyebabkan gangguan atau kurang keupayaannya! . . . .

Perang ke atas syarikat-syarikat ini daripada satu pihak, ialah: rakyat Amerika yang mewakili pertubuhan anti-merokok, dan disokong oleh majoriti ahli Kongres.Adapun negara-negara Dunia Ketiga tetap dalam kedudukan sebagai penonton, dan penggunaan rokok sentiasa meningkat.

Di tulis oleh:
SYEIKH ABDUL AZIZ BIN BAZ,
Telah diterbitkan dalam Penyelidikan Kongres
Di terjemahkan oleh :
HASBULLAH BIN BUSERA
16 OKTOBER 2009

No comments:

Post a Comment

Pages